Friday, October 11, 2013

9/9/2013 Booking buku pink

Assalammualaikum w.b.t,

Nak cerita pasal buku pink ni. Masa buat buku ni macam bosan pun ade.sebab banyak sangat step.pastu misi-misi kat sini...adoi..pening kepale c'ija..banyak mulut sangat.menci...menci..menci..APTB...

Step-stepnye:
1) register kat kaunter untuk dapatkan no.giliran
2) bila no. dh dipanggil, misi ambik details untuk diisikan dalam buku pink.
3) misi cek perut,breast,leher, rambut.
4) misi ambik darah- darah c'ija susah nak dapat pagi tu.empat cucuk jarum dah mengenai lenganku.
5) Minum air gula..xdela manis pun.
6) Pergi buat urine test dan hantar darah ke makmal - hb masa tu 13.1%. & urine xde detect kencing manis. Pergi juga cek gigi..gigi xde masalah sebab c'ija tiap bulan service gigi- almaklumla pakai braces.
7) Balik ke KKIA semula.Jumpa doktor untuk scan.Masih lagi xnampak apa-apa.Nampak rahim mengembang jer.next scan 23/9/2013 - isnin.
8) jumpa balik misi.chit chat kejap.keluar kejap tunggu nama dipanggil untuk ambil darah sekali lagi.rutin biasa after 2 jam minum air sirap gula.
9) Nama dipanggil.Hulurkan lengan kanan.redhakan darah diambil.- tapi sampai sekarang bila cek dalam buku pink.xde plak result untuk darah ni.ke mananye?
10) Hoyyey..boleh balik dan makan.

 cukup-cukup sudah.lain kali sambung lagi.























Wednesday, October 9, 2013

5/9/2013 (Khamis) Klinik Kesihatan Marang

Assalammualaikum w.b.t,

Hi semua..beberapa hari x update blog..masuk je 9weeks dah menjadi rakan karib mane-mane sinki.xkirala di rumah or kat opis.lepas makan je mesti uweks..uweks..bukannye sikit..opppps..besela alahan orang mengandung ni..hihi...

Berbalik pada episod yang lepas, 5/9/2013 c' ija dah pergi KK Marang.Tujuan semata-mata nak buat pengesahan preggy ke x.Pagi hari dah terpacak kat klinik.Suke atila mak nokss..

No giliran 1003..awalkan..hihi..1st step pergi ke bahagian saringan.cek blood pressure..APA???..144/93...Biar betul..tapi mungkin betul..semalam xboleh tidur.sakit perut sengugut.stress maybe..

Then kak misi tu gitau..nanti pergi cek urine yer..erm orite..

Lepas cek..






Alhamdulillah..baru confirm.Tetapi...4weeks kalau scan xnampak ape lg.perut banyak lemak..agak-agak boleh nampak ke??

so..next mestila jumpa doktor.doktor tu muda lagi kot.macam konpius pulak c'ija tengok bila die pegang kalendar circle tu.nak cek edd.(orang panggil kalendar ke??)

Doktor cek pastu terus minta c'ija refer Klinik Kesihatan Ibu Anak Marang untuk booking.

Dah sampai..hihi..macam jauh je bunyi.padahal bukan jauh pun menapak.sebelah jer kak oii..Sampai-sampai tengok lengang je.misi pun xde kat kaunter.

Kemudian adalah sorang misi ni lalu.Dia tanya "Ada apa puan?"...c'ija gitau yang Dr.suruh booking.Sebenarnya c'ija ni xtau pun kena booking apa.hihi..Almaklum..yg 1st dulu xde booking-booking.Luruh dulu..

Dah bersapa.Ni yang misi pesan:

1) Kalau tinggal di Bandar Marang, appoinment hanya ada hari Isnin dan Rabu.
2) Datang booking 9/9/2013
3) Bawa salinan sijil nikah - Bagi yang 1st time macam c'ija.
4) Berpuasa dari jam 10 malam pada 8/9/2013.Nak minum air gula.
5) Bawa suami bersama sebab ada HIV test.

Itu saja.Balik opis.sambung buat kerjala..

ok.wassalam..jumpa lagi babak seterusnya.






























Friday, October 4, 2013

4/9/2013 - betul ke tidak ni?

Assalammualaikum w.b.t,

Bangun pagi gosok gigi..cuci muke mandi-mandi..(ingat x masa zaman tadika lagu ni femes)..zaman korang c'ija xtau..hihi..

Pagi tu nekad je hati ni.Capai plastik yang dalamnya ade upt.

Bila cek..


 
xtaula ni positif ke ape ni..samar-samar je.tunjuk kt member opis.dia kata tunggu lagi seminggu.huhu..bertuah  nak tunggu seminggu. Dulu kes tunggu seminggula.So,bila masuk opis jalankan rutin keje macam biasa.lupa pula pasal upt tu. Pukul 4:30 terus clock out dan terus menuju ke 7 11 kat Rhu Rendang.
Sampai rumah.hah ni namenye x penyabar.orang kate cek pagi-pagi.barula hcg pekat.ni cek petang dah bercampur dengan air minuman.Idok ke cair hcg tu.Tapi result makin pekat.masa tu beli yang murah je.Dan hasilnya :


Tapi..tapi..tapi..xpercaya pula, malam tu pergi 7 11 kat Bandar Marang.Beli yang mahal sikit..tapi bukan macam Fasha Sanda tu.Hasilnya :



Dah..sama juga..So, esok nak pergi klinik kesihatan Marang.Peduli apa..awal ke x awal.C'Ija x pasti nak kira tarikh due period bila dan bila sebenarnya.

Ok..sambungla drama seterusnya :)










3/9/2013 Majlis Raya Opisku


Assalammualaikum w.b.t

Jom tengok orang dapur memasak..nyummy..





Menu utama : Gulai kawah,nasi kuning,nasi putih,sambal belacan.ulam

Jom tengok pula menu yang lain :)









Menu lain : kambing golek 2ekor,ais krim, ayam masak merah,tapai,buah-buahan dan arca timun.

Majlis berlangsung dari pukul 11pagi-2 petang.

Sebelum mula majlis.kite posing dulu..



                             Cantik x baju kami???

Semasa majlis berjalan c'ija xsempat sangat nak snap gambar.Maklumlah kena jadi penyambut tetamu.

Selesai je majlis.Dalam pukul 3 petang.Siap-siap nak kemas balik.Penat tau dah hias kene buka balik.Kesian juga practical student ni.C'Ija dah ke hilur hilir dah pantau kerja.Tapi mujurlah bebudak ni jenis happy go lucky.Mudah cara orang kata.

Tengah mengemas,tetibe perut bagi signing sengugut.huhu..sedih..xde rezeki lagi bulan ni.Apa boleh buat..Ingat nak bagi surprise kat En.Husband sempena birthday dia 16/8 baru ni.Sebab mulut ni adalah cakap nak bagi hadiah kat dia.tapi hadiah tu lewat sikit baru dapat.Hadiah = zuriat.

Start dari bulan puasa lagi, c'ija asyik amalkan surah zakaria tu dan bacaan ni.. "Ya Khaliq..Ya Bari..Ya mussawwir" .Lepas solat atau asal teringat je terus baca. C'Ija pun pesan pada en.husband tolong baca zikir ni.C'Ija baca dalam buku yang dibeli oleh en.husband.InsyaAllah dengan izinNya.



C'Ija pun amalkan makan buah kurma sampai sekarang.en.husbandla pesan.bila makan tu niatla ape kite nak.jangan makan je.hehe..i kan suke makan..

Ok... cut..sambung lagi ek :)











2/9/2013.busiest day

Assalammualaikum w.b.t...

12:30 pagi sampai rumah dari KL-Marang..of coursela dengan limosin 40 penumpang.Sampai rumah terus bersihkan diri dan tidur.Esok kerja dan perlu menyelesaikan beberapa misi.

Masih x tukar waktu anjal selepas bulan puasa baru ni.thumb print sebelum pukul 7:30pagi.

Semua barang untuk persiapan majlis raya  esok hari dah pun staf c'ija letak depan pintu masuk bilik.Setiap tahun akan dilantik Ketua Keceriaan..

Pukul 9 pagi ada site visit kat Penjara Marang. So, sebelum tu discuss dengan rakan sekerja apa-apa yang perlu buat.Kedudukan khemah,meja dan lain-lain.Sebab tugas C'ija hanyalah menghias.Then, terus ke Penjara Marang.

Balik dari site visit, terus hias khemah dengan bantuan practical student. Tapi sedikit tension sebab perkara yang x bersabit dengan c'ija pun nak mengadu.'Esok nak pakai baju melayu pun dipersoalkan..staff xramai turun pun dengan c'ija jugak' So, to reduce my stress level.ambil sikap malas ambil tahu.i just wanna settle down my job only'. Ketua- ketua dah dilantik.SO, jalankan je amanah tu.


Alas meja yang c'ija jahit guna mesin jahit rm60..uhuks..scallop dan reben dah dipasang.kerusi dan meja dah disusun dengan bantuan practical student. So, C' ija pun belanja makan nasi ayam dan berhimpun beramai-ramai di rumah c'ija.



Malamnye pula, tolong kupas-kupas bawang untuk majlis esok hari.Tengok dorang siang daging.



Banyak betul nak cerita..ok kita sambung next entry :)


shopping barang rumah

Assalammualaikum w.b.t..

Actually last week dah telefon kedai ni nak tanya buka ke tidak on 31st August.Disebabkan buka so pagi-pagi lagi we decided nak pergi sana nak cari lampu,kipas and heater. Sana tu kat manakan..hehe..of course la House Lighting kat Puchong tu. Dekat rumah abang ipar..we all x singgah sebab abar ipar sekeluarga balik kampung.Anak sedara biras c'ija ni kahwin.Barang-barang yang dibeli :


Nak letak kat dining hall. Kedai ni jadi pilihan sebab murah dan banyak pilihan yang cantik-cantik.

*********************************************
 Then, next plan..we went to IKEA. my favourite place..SaJa je nak cuci mata.sampai pula time hujan lebat.Lunch kat Manhattan Fish Market.Tapi sebelum tu en.husband belikan durian crepe..haha..makan durian crepe dalam restoran tu.ade bau..hihi..lepas tu solat dan window shopping..erm window shopping ke??? Selesai je c' ija gitau nak durian crepe..pergila kitorang kat kedai tu..pelik tau..sebelum ni x ingin makan durian.tp ari tu balik dari kursus kat Besut. Driver bagi durian 2 biji makan nyum3x.Tapi tunggu en.husbandla..sebab c'ija xreti nk kopek..haha..malu kat orang..Durian crepe punye pasal..hihi..terlebih 15minit masa parking.i rase bersalah..sebab i ok..

**********************************************
 Lepas tu, terus pecut balik rawang.Singgah dulu kat rumah kami berdua.Keadaan sebelum dan selepas..



                                 kabinet odw...



              Hah..cukupla tu.xbleh tunjuk lebih-lebih.

Ok.sambung next entry ek.. :)






hari ni saya driver

Assalammualaikum w.b.t,

Hi semua... 30/8/2013.. volunteer nan jadi driver en.husband.Tujuan utama nak pergi mengurut refleksologi kat Selayang Mall. Pagi tu ikut PLUS Highway,jalan ok je cuma dekat Restoran Jejantas macam siput sikit.Masa ni en.husband yang drive.



Gambar ke tol Jalan Duta. En.husband drive sampai opis kat Jalan Sultan Ismail.(teringat 4tahun lepas c'ija pengguna Jalan kuching-Jalan Sultan Ismail setiap hari sebab opis kat maju junction)

Lepas hantar tengok jam awal lagi.pukul 8:20.Selayang Mall confirm xbuke lg.So, membuang masa ikut Jalan Kuching terus ke Rawang.Ingat nak lepak-lepak kat rumah lame kat Kepong.Tapi ubah plan.Terus balik Rawang dan spend time dengan ma abah.



Sampai rumah awal lagi.Ajak abah gi beli breakfast.C'ija teringin makan nasi lemak dan abah nak makan lontong.Lepas breakfast..layan budak kembar ni main..dia gitau c'ija dia tengah main ref ben..c'ija tengok die mengetuk-ngetuk..ref ben=live band..hah ko ade...
 *******************************************
 Petang tu gi tengok rumah..rumah c'ija beli ni rumah lama 2 tingkat dan cornet lot. Bukan xnak beli yang baru.Tapi see the pocketla.Baru 5tahun kerja.Xnak pikir hutang banyak.Nak setel satu-satu.Geran rumah pun dah ada kat tangan.
 *******************************************

Lepas settle tengok rumah, bersiap-siap nak pergi ambil en.husband. Elok je kat Restoran Jejantas terus macam siput babi rentaknye.Sampai je opis terus cakap kat en.husband jom pergi Selayang Mall.Selesai mengurut sambung drive.Singgah kedai nak melantak kerang bakar..erm..esok merdeka.tp kitorang dah malas nak sambut.mata dah nak tertutup rapat.balik rumah nak tidur.

OK.SAMBUNG NEXT ENTRY.