Friday, October 4, 2013

setelah 2 tahun 3 bulan...Alhamdulillah

hi semua..masa c'ija post entry ni.c'ija dah 8weeks 3 day mengandung 1st baby.Alhamdulillah.Syukur sgt2 ke hadrat Illahi.Lama juga menunggu saat-saat ni.Jadinye..ingin rasanye untuk membuat rentetan proses kehamilan untuk setiap minggu supaya ada kenangan sampai bila-bila.

 KISAHNYA...

1) cycle haid sebelum ni 28 hari.- sebelum & selepas kahwin cycle haid mmg tetap 28 hari.Tapi lepas 1st abortion cycle haid jadi nyanyuk sampaikan terlajak 35-40 hari. Pernah masa kursus induksi bulan April 2012,x datang period lewat seminggu.Siap minta tolong fasilitator belikan upt sebab hati ni sebenarnya excited nak daki kaki Gunung Ledang.
Tapi cik p x kunjung2. Bila cek upt result negatif so ada harapan nak daki gunung.So, bila difikir-fikir dah berbulan-bulan haid tidak teratur selepas tarikh yang menyedihkan itu 18/12/2011.Try tanya kawan masa sekolah yang kebetulan ada jual Virgin Coconut Oil daripada Catalyst brand. Alhamdulillah..selepas makan VCO dan Femme Vita kitaran haid dah back to normal.28-32 hari dan lelama jadi 28hari.C'Ija ada rekod dalam woman log apps.Senang nak ingat.Hah,melalut pulakkan..Anyway short story, masa bulan puasa lepas.sepatutnya due period 1/8/2013..Tapi 6/8/2013 baru datang.Masa tu pula, c'ija kat tesco rawang tengah cari bahan untuk masak bagi persiapan hari raya.Sedihnya..ingatkan dah ada berita gembira.So..x dapatlah sembahyang raya.huhu..- bukan apa..ni c'ija nak cerita.seminggu sebelum puasa 25/6/2013,ada penyerahan projek masjid yang c'ija pantau dan selia sebelum ni.Seronok dah dapat serah projek.Tapi yang x seronoknya..huhuhu..c'ija jatuh tergelincir yang menyebabkan dapat mc 2 hari.Husband c'ija kerja kat KL.Rasa sedih jugala sakit-sakit tiada tempat nak bermanja..uhuks..Nak balik rumah mertua..tapi dah dapat mc 2hari better balik rumah parents kat Rawangkan.sakit pun sakitla..

SO APA DAH JADI LEPAS TU?

1) Malam esoknya..c'ija dan mama pergi rumah mak cik ani untuk mengurut.Alahai..mak cik ani pegang je tapak kaki terus die kata..teruk jatuhnye ni anak oii..jauh rahimnya.itu yang susah nak lekat.takpe InsyaAllah lepas ni adalah rezeki kamu.Masa berurut tu..melelehla air mata.urat dah byk masuk angin..lagi2 tang peha tu dan punggung tu.mana xnya..c'ija jatuh sampaikan ada wakil pejabat agama marang kata, kalau pregnant ni boleh gugur..sebab dia sorang je yang nampak c'ija jatuh..Tapi itu peha dan punggung..bila tang nak betulkan rahim.mak cik ani bunyi lagi."Anak..kamu jangan sentap macam tadi.Mak cik nak betulkan rahim kamu ni.kalau kamu sentap makcik takut sampai bila-bila xda rezeki.urut rahim ni kena hati-hati"..c'ija pandang mama.Mama kata tahan.kalau sakit tutup mulut..So..bermulala proses betulkan rahim..Mak cik tu kata rahim c'ija tinggi dan senget sebelah kiri.Sakit tu xpayah cakapla.Bila rahim dah dalam kedudukan yang betul, mak cik ani pun tekan pusat c'ija.Dia bagitau yang rahim c'ija kat situ dan c'ija boleh rasa.

PANJANG PULAKKAN..NEXT ENTRYLA PULAK..










No comments:

Post a Comment