Saturday, May 11, 2013

Percutian Ke Bandung Penuh Warna-Warni ~!~ C' Ija & Hubby - PART 4

3 Mei 2013 (Jumaat)

Assalammualaikum w.b.t

Hi bertemu lagi. ber Part-part dan berepisod-episodkan.
Ari ni kami nak ke Pasar Baru,  Cibaduyut, Rumah Mode, Kartika sari dan Dianz.

Di Pasar Baru, parking kereta Ya ALLAH sangatla penuh. sampaikan kereta boleh buat main puzzle. serius cakap x tipu ni. Mujur Pak Yunus dah biasa dan kenal dengan pekerja yang menjaga parking ni. So tidakla banyak masa kami habiskan di parking kereta saje.

Pak Yunus bawa kami ke tempat membeli telekung yang boleh menawarkan harga yang murah. Ok kali ini, C' Ija pula yang banyak membeli. En.suami dan Pak Yunus tolong bantu angkat barang.
Selesai membeli telekung, C' Ija nak cari blouse pula. Nak pakai pegi kerja dan untuk raya. Nak beli kain, tp nampaknya banyak yang tidak berkenan di hati. C' Ija memang sejak dari kecil lagi memang cerewet bila nak memilih kain.Akhirnya C' Ija sempat membeli untuk kain baju melayu en. suami.(hehe balik Malaysia terus hantar kedai). Setelah berkira-kira, barang-barang mama dan mertua dah setel beli. Perut pun dah lapar.Kami pun keluar untuk mengisi perut yang kosong.Ni gambar yang sempat C' Ija snap di Pasar Baru.




Semalam dah merasa masakan Sunda, Jadi ari ini kita merasa masakan Padang pula. Jadi Pak Yunus bawa kami ke Restoran Simpang Raya. Masakan Padang ni C'Ija kira ada 14 jenis hidangan.Bayar ikut pada yang kita ambil sahaja. Yang tidak disentuh.Tidak dikira.



Kemudian, kami bergerak terus ke Cibaduyut, en. suami nak mencari kasut. Akhirnya kasut tidak ada yang berkenan, yang berkenan topi kulit dan belt sahaja. Dapat harga murah sebab Pak Yunus bawa kami ke kedai kawan dia. 




Dalam perjalanan ternampak pikail di tepi-tepi jalan. Mereka ini berniaga.Nak sewa kedai mahal. jadi menggunakan pikail untuk menjalankan perniagaan. Di Jalan SukaJadi banyak kelihatan pikail ini,tapi mereka ini tetap dikenakan bayaran.



Pak Yunus bawa kami ke Dianz. Mujur ada yang berkenan di hati.Tapi not badla..murah harga kasut yang ditawarkan di kedai ni.kasut kulit pulak tu.



Kami dibawa pula ke Rumah Mode. Niat nak singgah kejap je..haha..sila jangan percaya. En. suami nak belanja C'Ija baju.Tapi rata-rata C'Ija x berkenan. Sebab xde warna yang sesuai.cerewetkan..huhu..Last-last masa pusing-pusing dalam Rumah Mode, en. suami hilang dari pandangan mata. Terdetik dalam hati ,mungkin die dah rembat sehelai baju dan pergi ke fitting room. Kat Rumah Mode ni Fitting room lelaki dan perempuan tidak bercampur. (Aish kang masuk fitting room laki ternampak yang bukan-bukan bertambah pula dosa en.suami_.so instinct je.. rase-rasa en. suami ada dalam fitting room. Yup beberape minit memang betul tekaan C' Ija.En. suami keluar dari fitting room sambil berkate."Ok baju ni.boleh pakai untuk dinner company'.erm.. seolah-olah tidak berlaku apa-apakan.sabar je la.



Last tempat kami pergi adalah kartika sari. Beli pisang salai, kek kukus brownies dan kek pisang yang ada cheeze. Sedang C'Ija sibuk memilih kek, en.suami sibuk cari kek untuk santapan malam ni. mini apam ke namanya. ade warna biru, hijau, kuning. Beli kek saje habis Rp 416,000. Sakan kooo. 

Selesai saja. kami terus balik dan berkemas-kemas.Esok nak balik dah.Tapi inilah hasilnya sebelum berkemas.



Malam tu keluar berjalan-jalan cari mini mart sebab C' Ija ketagih maggi.Maggi di Indo lagi sedap dan nak bawa balik Malaysia.Sambung pulak di Part 5 ok.




No comments:

Post a Comment