Friday, May 10, 2013

Percutian Ke Bandung Penuh Warna-Warni ~!~ C' Ija & Hubby - PART 1

Assalammualaikum w.b.t,

Page kali ni nak share cerita tentang persedian sebelum bercuti ke Bandung. Just C' Ija (Akuler tu) dan hubby. 
Kenape nak kene mention..cam poyo tahap gaban je kan bunyinye..erm..percutian kali ini hanya C' Ija dan suami sahaja..ok SAHAJA.honeymoonla sound like kan..hukhuk..

Tarikh telah dipilih iaitu pada 1 Mei 2013 (Rabu) - 4 Mei 2013 (Sabtu). Masa beli tiket ni..harusla mase time promo Air Asia ok..mmg murah..hah...tp nasib baik kooooo.. 5 Mei 2013 (Ahad) tu mengundi.. en.suami booking tiket mase bulan Januari 2013 tu..hari mengundi pun PM kite x decide lagi time tu. dup2 ko..kalau x rugi 2 undi..sempat jugak balik Malaysia oh Tanah Air ku untuk memangkah.

Alkisahnya..bila nak gi jejalan jauh luar dari Malaysia..benda paling penting sekali passport..make sure x expired date lg.6 bulan sebelum expired date pun xleh tau.cek betul2 tarikh expired kat passport masing2. Baru nak buat or nak renew RM 100.00 di Pejabat Imegresen yang berdekatan dengan tempat korang. Jangan lupa bawa gambar berukuran passport. Dapat passport pada hari yang same korang apply.

Perkara kedua sebelum nak terbang jauh. Simpanlah duit sebanyak mungkin. C'Ija dan suami bukan pergi dengan pakej ok.So banyaklah nak pakai duitkan. Jadi C'Ija beberapa minggu nak terbang cuba-cubala tanya money changers di sekitar Terengganu,Kuantan  dan Kuala Lumpur. Di Terengganu RM 330 - RM 334 untuk 1 Juta Rupiah. Di Kuantan RM 324 untuk 1 Juta Rupiah dan di Kuala Lumpur RM 318.50 untuk 1 Juta Rupiah. Kebetulan C'Ija ada kursus di Kuala Lumpur. So, C'Ija tukar di Jalan Masjid India dengan nilai yang C'Ija dah gitau tu. So, nak buat sesuatu tu wajibla tidak gopoh dan bijak merancang.Banyakkan bersabar.


No comments:

Post a Comment