Friday, May 10, 2013

Percutian Ke Bandung Penuh Warna-Warni ~!~ C' Ija & Hubby - PART 2

Assalammualaikum w.b.t,

Dah baca Part 1. C' Ija dah share citer berkenaan persediaan ke Bandung dalam Part 1.
Ini kalilah..lain kali or berkali-kali..xkisahlah..C'Ija nak pilih kali inilah... hehe..Bahang PRU 13 masih terasa.
OK KALI INI..C'Ija nak cerita pengalaman berangkat ke Bandung. Parents dan adik C'Ija hantar sehingga ke LCCT. Jupe en.suami kat LCCT. En. suami dah check in.C'Ija belum lagi sebab bawa luggage. Beg travel ade dua tp jadikan satu. Faham x..? nampakkan memang ada niat nak bershopping.Jadi sesampai je di LCCT terus jupe en. suami dan terus menuju ke kaunter.Beg pun dah scan dan C'ija pun dah check in. Next sebelum masuk ke dalam. C'Ija pun bersalam-salaman dan ber'kiss' dengan mama..(sampai mama kate C'Ija ni kelakarla..macam nak pergi jauh sangat) huhu..C'Ija memang selalu excited melampau. Oh tidak!!

Masuk ke Pelepasan Antarabangsa. Kak polis dah cek resit perjalanan dan passport.So dah melepasi tapisan imegresen, next "body scan" bagai. Tetibe kak polis tegur.Kite samela..ape yang same..jantina ke ketinggian ke muka..aku pendek dari die kot.Ooo.. akhirnye ..ok..die buat joke..braces rupenya..settle scan terus menuju ke pintu keluar ke kapal terbang.Mak ai..ramai lorrr..

1 Mei 2013 - 6:50 petang

 C'Ija dan en. suami dah bersedia untuk terbang Ke Bandung.

Semua penumpang diminta untuk mengisi borang ni. Senang je nak isi. Form merah tu ada untuk borang ketibaan dan borang pelepasan. Jadi masa tapisan dengan pegawai imigresen di airport Bandung nanti, just serahkan borang ketibaan dan borang biru putih tu je.Simpan elok-elok borang Pelepasan untuk perjalanan pulang sebab pada "for official use" tu akan dicop bersama passport korang masa tapisan imigresen kat sana nanti.





Ok sepanjang perjalanan ke Bandung, C'Ija dan suami beli ini sahaja. Okla buat isi perut yang kosong. Erggg Alhamdulillah. Air Mineral Evian RP 18.000, Assorted Sandwich dan Tuna Balado masing-masing RP 27.000. ( RM 22.50 semuanya)

1 Mei 2013 - 8.00 malam Malaysia / 7.00 malam Indonesia.

Sampai sudah di Bandara Internasional Husein Sastranegara jam 7.00 malam. Ingat tau waktu di Indonesia adalah lewat sejam dari Malaysia.

Selepas melepasi tapisan imigresen dan menunggu beg yang 1 in 2 terus scan bag. Keluar dari Airport. Ternampak dari jauh Pak Supir memegang tag nama Puan Khairunniza. Terus C'Ija dan en. suami dibawa ke kereta yang telah kami sewa sepanjang berada di Bandung. 4hari 3 malam.

C'Ija just nak share dengan korang. Perasan tidak no. plat tu. Kalau di Bandung D adalah Bandung.1047 No Kereta dan AAG adalah nama daerah di Bandung kereta ini dikeluarkan. 02-18 pulak adalah tarikh kereta dikeluarkan dan perlu renew semula pada bulan 2/2018. Di sana tidak ditampal roadtax macam kat Malaysia tau. So kat sana boleh renew setiap setahun atau lima tahun sekali bergantung kepada kemampuan.Bila renew tukar no.plat ni.Ini pak supir yang beritahu sebab C'Ija menanyakan soalan ini.

Z pulak adalah Jakarta. sebab 2 huruf ni yang banyak dijumpai di Bandung.

Ok.berbalik kepada perjalanan kami ke hotel. Di Bandung ni banyak jalan sehala. So, korang akan rasakan perjalanan tu jauh je. Padahal tidak pun. Sebab ini C'Ija rasakan semasa menuju ke Hotel Cemerlang. Yeay kami dah sampai. Kami nak berehat.Sambung di Part 3 pulak.




Nak tau harga, search Hotel Cemerlang ok. C'Ija dah tanya harga pada pekerja hotel ini dan diberitahu yang ada pada web memang betul harganya. Tapi banyak lagi hotel yang ok dan murah. Sebab dah deal hotel yang ada pak supir, jadi kami malas nak berfikir panjang. booking terus.

No comments:

Post a Comment