Friday, May 10, 2013

Percutian Ke Bandung Penuh Warna-Warni ~!~ C' Ija & Hubby - PART 3 Episod 1

2 Mei 2013 (Khamis)

Assalammualaikum w.b.t,

Hi u ols..dah baca part 2. Kite teruskan yang seterusnye.Bercuti-bercuti jugakan. Solat 5 waktu jangan lupa. Waktu solat disana seperti di bawah :

Subuh - 4:30 pagi (5:30 pagi Malaysia)
Zohor - 12:00 tengah hari ( 1 tengah hari Malaysia)
Asar   - 3:30 petang (4:30 petang Malaysia)
Maghrib - 6:00 petang (7:00 malam Malaysia)
Isyak - 7:00 malam (8:00 malam Malaysia) 

Dalam Islam ada rukhsahnya : Buatlah Solat Jamak bila bermusafir.

Selain itu, C'Ija nak sambung sedikit sebelum kite memulakan perjalanan pada hari ini. Untuk memudahkan komunikasi,Kami minta Pak Supir Yunus belikan simKAD SIMPATI. Kami bagi pak supir RP 100,000. Harga simKAD SIMPATI RP 30,000 yang dalamnya ada RP 3000 dan topup RP 50,000 serta RP 20,000  minta belikan extension plug.

Malam tu kami buat pembahagian wang untuk berjalan-jalan, makan, penginapan, sewa kereta dan semestinya shopping. Wow juta...berjuta..juling mato..Mak cik kayooooo!!! ..haha..poyo ko noksss..


Jom jejalan. 1st tempat yang dituju adalah Tangkuban Perahu. Perjalanan mengambil masa selama 45 minit dari hotel. Bandung walaupun sesak tetapi pemandu die macam reti2 je nak bagi laluan. Jarak kereta tu kekadang rasa kecut perut je.rapat sangat.Tapi memang "salute" la pemandu di Bandung. xdela plak dengar orang sound mencarut ke or buat muke x puas hati ke.Dengan sekali hon.masing2 macam faham jer.

Perjalanan ke Tangkuban Perahu ni sememangnye best.Kanan dan kiri macam kat Cameron Highlands. Penuh dengan tanaman sayur-sayuran, jagung ,strawberry dan macam-macam lagi. Tau-tau dah sampai ke puncak. Suasana dan cuacanya nyaman sekali.Sejuk macam di Cameron Highlands tu.

 Nampak tidak perjalanan ke Tangkuban Perahu. Mendaki bukit.


Pokok-pokok ni buat kabinet almari rumah baru C'Ija bagus jugak ni..(Suke tau bermonolog dalaman.huhu)

Kos Masuk ke Tangkuban Perahu adalah Rp 50,000 seorang dan Rp 15,000 untuk kenderaan. Tiket masuk macam ni.


**************************************************



Sampai di Tangkuban Perahu. Kami berdua dimaklumkan yang Tangkuban Perahu baru sebulan dibuka kerana sebelum ini lavanya telah meletus dan menghasilkan bau yang boleh membahayakan kesihatan pelancong. Untuk tambahan, di Tangkuban Perahu ni terlalu ramai penjual.Usahlah korang layan, hati tu kena kentalla. Agak mahal harga ditawarkan.kalau nak beli juga, letak harga yang korang nak. kalau xdapat xpayahla beli. Tapi C' Ija sempat beli frame gambar yang ada tulis nama kami. Ini memang kenangan untuk setiap tempat kami berbulan madu.

Kami berjalan sehingga terjumpa papan tanda Kawah Upas. Pak Supir dah telefon. Oh nampaknya jauh C'Ija dan En.Suami berjalan. Tapi cantiklah pokok-pokok gunung ni. Untuk tatapan korang.


Seterusnya. Perut pun dah berkeroncong kelaparan. Jom cari tempat makan. Pak Supir bawa kami ke Restoran Sangkuriang. Hari ini kita merasa masakan Sunda.




Nampak tidak..memang kami lapar.
Lepas ni Jom gi shopping ;-)



No comments:

Post a Comment