Saturday, May 11, 2013

Percutian Ke Bandung Penuh Warna-Warni ~!~ C' Ija & Hubby - PART 3 Episod 2

2 Mei 2013 (Khamis)

Jom shopping. Kite gi Factory Outlet The Secret. Di sini C' Ija shopping baju abah saje. En. suami yang jarang bershopping, tapi nampaknya dia yang banyak membeli. Takpela.. C'Ija tengok saje. Bagi orang yang jarang shopping ni cari pakaian sebab C'Ija dah pesan cari untuk raya. Tapi barang branded memang berbaloi beli di F.O ni. Sempat berehat di kaki 5 The Secret. Dari kejauhan..huhu..ni je sempat snap.






Lame juga kami di sini. Next kami nak ke Toko 3. Walaubagaimanapun, kami terpaksa mengharungi jammed.  Ini antara yang C' Ija sempat snap sepanjang perjalanan. Saksikan laaaaaa...(macam lagu Iwanla)


 
Yang C' Ija nak tunjuk ni namanya Angkutan Kota.Van kecil yang akan membawa penumpang ke destinasi yg hendak dituju. Pak Supir beritahu setiap Angkutan Kota ni menuju ke destinasi berbeza mengikut warnanya. Tambangnya murah je. tidak silap RM 0.70 - RM 1 lebih.

                            Yang ni pulak nak tunjuk Pos Indonesia. (Lambangnye je dapat di snap)

Yang ni pula..nampak x 3 orang pemuda. Mereka ni pemuzik jalanan. Tapi yang ni level ala2 high class sebab ada yang lagi teruk minta duit sambil nyanyi bila kenderaan berhenti kerana traffic light. Setakat percutian kami baru ni, kami x jumpa yang agresif sehingga ketuk-ketuk cermin kenderaan. Mengikut kata Pak Yunus, ada segelintir yang agresif. Selain nak tunjuk 3 orang pemuda tu, nampak x signboard Kimia Farma - Apotek...Apotek dalam bahasa Indonesia tapi kite sebut tu farmasi.

Tengok gambar ni, macam-macam cara orang di sana mencari rezeki, 
Ramai yang  menjual minuman dan makanan dengan cara ini.

***********************************************************
Jom shopping di Toko 3
Di Toko 3, kami berpecah. Banyak sangat khazanah en.suami nak membeli. C'Ija sempat juga sambar baju untuk diri sendiri, adik-adik, anak saudara dan juga belikan baju untuk en. suami. Memang harganya berbaloi-baloi. En. suami lagila.tau-tau settle dah barang dia.Dan inilah hasilnya :

Ok sampai di bilik. Malam harinya pula selesai menunaikan yang wajib. C'Ija telah berkesempatan ke Bamboo SPA di tingkat dua Hotel ini. Rp 225,000/ RM 70.00 (massage + scrub). Ok kite sambung Part 4 pula yer..





No comments:

Post a Comment